Disebabkan salah seorang rakan seperjuangan SMF(Sekretariat Mahasiswa Fakulti) yang tak dapat hadir ke VCSP, aku terpaksa mengantikan tempat dia. Mulanya aku ragu-ragu dengan program ni sebab tentatif program yang mereka attach adalah sangat bosan. 2-3kali juga fikir nak pergi tak, finally, I decided to participate the program. Apa yang ada dalam tentatif program? LDK, LDK, Presentation bla bla bla. Aku tak suka LDK. Hey, siapa suka LDK? =P
 |
| Sesi bergambar bersama NC, TNC(AA) dan sebagainya. |
Masa perasmian yang dihadiri oleh VC (Dato' Sahol), semua orang dah mula bersemangat. Sesi soal jawab antara VC dengan CA sangat menarik perhatian. Isu-isu berbangkit di fakulti diutarakan oleh setiap wakil fakulti dan kampus masing. Tak cukup masa, VC minta setiap seorang CA post kan masalah berkenaan di akaun Facebook beliau. Aku nampak VC cuba buat macam-macam untuk mendidik student UiTM ni jadi seorang yang betul-betul berguna pada masa akan datang. Tapi bila melibatkan student seramai 180,000 orang di seluruh UiTM, bukan senang nak melaksanakan projek "5 pillars" ni.
5 Pillars Concept
Pillar yang diajar dalam modul ini adalah LCCEET. L - Leadership, C - Creative Thinking & Problem Solving, C - Creativity & Innovation, E - Entrepreneurship, E - Effective Communication, T - Teamwork. LCCEET ni konsep yang sangat penting yang perlu diterapkan di dalam diri setiap seorang pelajar. Maka, kami, wakil fakulti dan kampus dipanggil untuk mempertahankan, mengajar kawan-kawan yang lain untuk turut mempunyai setiap konsep ni. Dan kami agen perubahan terpaksa melakukan sedikit "Action Plan" untuk merealisasikan harapan VC. Selain itu, konsep ini ingin membantu bumiputera ke arah "0 Unemployment" altogether with menjana income melebihi RM4000. Bukan hanya makan gaji, malah menjadi innovator or entrepreneur. 5 pillars ini adalah salah satu perkara yang amat dititikberatkan dalam memilih pekerja, mahupun ingin memulakan bisnes.
Change Agent
Apa yang kami kena buat as a change agent? Banyak, dan bukan mudah nak menerapkan semua LCCET ni dalam minda mereka. Tapi, bila dah menerima watikah, nak atau taknak, kami akan merancang sedikit aktiviti yang akan melibatkan semua pelajar. Pada hari terakhir program, setiap fakulti dan kampus diminta untuk berbincang mengenai Action Plan yang akan dibuat di fakulti masing. Dan aku dari Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan akan menganding bahu bersama Fakulti Farmasi, Fakulti Pengurusan Teknologi Pejabat dan Fakulti Sains Kesihatan untuk membuat sedikit aktiviti bersama di kampus UiTM Puncak Alam. Segalanya masih di dalam perancangan bersama. Aku sebagai newbies dalam bidang kepimpinan macam ni, insyaAllah akan merealisasikan bersama rakan CA yang lain untuk mencapai matlamat ini.
 |
| Change Agents |
Group AssignmentAda 3 jenis kumpulan yang dibentuk sepanjang program ni. Objektifnya untuk meluaskan kenalan-kenalan yang ada. Kumpulan pertama mengikut negara (I got Germany), group mengikut negara ini kan membuat persembahan "MyLanguage, MyCountry, MyPeople". Kumpulan kedua mengikut warna (I got Pink), case studies dibuat mengikut kumpulan ini, dan yang terakhir mengikut fakulti yang mana Action Plan akan dirangka bersama.
Petang hari kedua, kumpulan Pink sempat memanjat Menara S&T di tingkat 21 tu untuk sesi bergambar. Walaupun bukan semua group Pink yang datang, we really have fun on that day.
 |
| 1 2 3 Jump..! |
Last but not least, malam 'campfire', kumpulan Germany aku memenangi tempat ke-2. Berkat Hitler, Prom King and Prom Queen dalam kumpulan kami, Alhamudulillah. We done a good job. Haa.. lagi satu, program macam ni sangat bagus, sebab gabungan student dari pelbagai course, menjadikan sesuatu kumpulan tu lebih kuat. Ada pereka grafik, muzik, sains, management, business, teater dan sebagainya. Masing-masing mengeluarkan idea yang bernas. Really a good idea. Aku nak lagi program berprestij macam ni lagi akan datang.
The most important thing, kita dapat kenal RAMAI kawan baru. It's a good thing. =)