26 January 2011

Jatuh Cinta Lagi.

Aku ada banyak kenal orang yang ada hubungan yang lama. Lama bagi aku lebih dari 2tahun. Tapi ada juga, yang dah couple 8tahun, bila hadir orang ketiga, kekasih hati akan tetap ditinggalkan. Kenapa ek jadi macam tu? Aku asyik memikirkan perkara seumpama ini. Hubungan yang tak ada ikatan ni, macam-macam benda boleh berlaku. Sebab tu orang-orang tua kata :
Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, nanti diambil orang. 
CASE 1
Kalau tak silap aku, doang clash 3tahun lepas, tahun 2008 la kiranya kan? Mula couple dari form3 (2000), akhirnya perempuan itu tinggalkan lelaki tu sebab orang ketiga yang hadir. Aku tak tahu cerita sebenar. Tapi kawan lelaki aku ni bercerita. Dia Mr.Senior aku kat sekolah dulu. Dan aku adalah salah seorang yang agak mengagumi couple-couple begini. Aku mula berkawan semula dengan Mr.Senior tahun lepas which is awal 2010 la. Benda pertama ada dalam kepala aku bila kami mula berkawan, adalah GF dia dulu. Tapi aku tak sangka, dah clash. 8tahun couple, clash. Korang agak-agak apa jadi kat kawan laki aku ni? Gila? Haisshh.. mana ada gila. Mungkinlah iman di dada tu masih kuat, dia teruskan hidup. Tapi aku dapat bayangkan 3bulan pertama lepas clash, hidup memang kelam kabut. Kalau jadi kat korang, macamana la agaknya ye? 8tahun tu?

CASE 2
Dia ni abang kawan aku. Kawan aku ni selalu la bercerita tentang abang dia ni. Cerita yang ni lain sikit. Tapi aku tak ingat berapa lama doang couple. Yang pasti agak lama la. 4tahun ke atas la gamaknya kan. Pada hari lahir abang ni tadi, si GF ni nak buat surprise untuk birthday si abang ni. GF ni sanggup bawa motor sorang-sorang lebih kurang 60km untuk pergi buat surprise kat abang ni tadi. Jauh tau. Naik motor okay. Bukan naik kereta. Malang memang tak berbau. GF ni tadi accident yang meragut nyawa beliau. Si abang ni tak tentu arah. Tak makan, tak minum, meratap malam-malam. Bertahun-tahun nak recover. Baru-baru ni barulah aku ada dengar cerita, dia dah ada GF baru. Alhamdulillah. Wallahualam.


CASE 3
Couple pun dah lama. Dah bertunang pun, tinggal akad je lagi. Tiba-tiba si lelaki ni accident dan meninggal dunia. Si wanita ini, 2-3bulan lepas pemergian arwah tunang beliau, asal aku berselisih dengan dia, bengkak mata. Ya Allah. Sayunya hati aku. Sedih sangat. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Almost 5years ago benda ni terjadi, tapi aku tak ada pula dengar cerita dia dah ada penganti.

CASE 4
Mula couple dari matrikulasi. Couple selama 4tahun, clash. Tup tup clash. Bila aku dah mula rapat dengan si kakak ni tadi, tup tup aku dengar cerita dari abang ni doang dah clash. Haih! Si abang belajar jauh di Russia, si kakak pula student Medic yang sekarang ada di Australia. Lama doang couple, dan si abang ni tak pernah pula bercerita kenapa dia clash. Lebih kurang setahun lebih, si abang dah mula berjumpa dengan gadis idaman hati. Begitu juga dengan si kakak, more or less 1 week ago baru declare dengan orang lain. Life must go on right? Happy for you both.

CASE 5
First love membawa pelbagai makna kepada seseorang individu tu. Begitu juga aku. Tapi first love aku dah terlalu lama untuk diingati. Biarlah ia berlalu. Tak ada penyesalan. Kes 5 ni first love kawan lelaki aku ni. Aku cuma dengar hujung-hujung cerita, belum ada peluang nak bertanya kisah sebenar. Sinopsisnya... perempuan ini merupakan first love lelaki ini. Hadir lagi orang ketiga, yang terus ajak kahwin. Terus terima lamaran lelaki tersebut tanpa mengenang apa yang mungkin terjadi pada si kawan lelaki aku ni tadi. Mungkin ya, nak tunggu kawan lelaki aku ni tadi nak grad, kerja, kumpul duit, memang lama, apalah sangat nak dibandingkan dengan lelaki yang banyak duit, masa depan yang ajak kahwin. Entahlah. Sesetengah orang, memang susah untuk kita faham apa yang mereka lakukan.



Semua cerita-cerita ni, cerita benar-benar belaka. Yang berlaku di sekeliling aku. It's unacceptable for certain people. Lelaki, perempuan sama je. Tapi dari pengalaman aku, lagi banyak lelaki perempuan yang tinggalkan lelaki untuk lelaki lain. Kenapa ek jadi macam tu? Is it because of perempuan memang sangat mudah jatuh cinta? Mungkin. Tapi aku yakin, once seseorang lelaki itu sayangkan seseorang wanita, dia akan sayang, sayang dengan sepenuh hati. Naturally, akan wujud setia dan mengalah dalam diri lelaki ni. Macam-macam berlaku bila perempuan lukakan hati lelaki yang amat sangat. Lelaki mungkin akan menyakiti hati wanita lain sama seperti bekas kekasih lukakan hatinya. Itu yang kita tak nak.

Kematian yang memisahkan hubungan. Ya Allah. Aku tak kuat untuk menghadapi perkara seumpama itu kiranya perkara seperti itu terjadi. Jauhkanlah Ya Allah orang yang aku sayangi dari malapetaka. Tapi kiranya perkara itu berlaku, sangat takut untuk aku jatuh cinta lagi. Wallahualam. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Namun, siapalah kita untuk menghalang dan mengatakan "tidak" terhadap ketentuanNya. Terimalah seadanya. Bersyukurlah dengan apa yang ada sedangkan Allah telah mengatur  yang terbaik untuk kita. Pesanan aku pada wanita diluar sana. Janganlah kau sakiti hati lelaki. Mereka juga punya perasaan walaupun mereka jarang/susah untuk tunjukkan kasih sayang itu. Cinta agung - Cinta pada Maha Esa. Sekian.
post signature

5 Opinions:

  1. mcm nak ngess pulak ak bace entry neyh.
    case 2, mcm kisah abg ak.
    btul, stp org ade ksh cinta msing2.
    bersyukur dgn ap yg ade skg.
    alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  2. True balqis.. bersyukur dgn apa yang ada okay

    ReplyDelete
  3. ade org ckp,
    if u fall in love with 2 persons, choose the 2nd one coz if u love the 1st one, you will not fall in love with the 2nd .. jodoh ni dah ditentukan cume kite jgn takut utk mencuba! insyaAllah

    ReplyDelete

Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik - Al-Baqarah, Ayat 195

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...