23 March 2011

2 Minggu Selepas Pilihanraya Kecil Kerdau



Percaya atau tak, aku tak sedar pun aku ni sebenarnya di bawah Adun Kerdau. Aku hanya tahu yang aku tinggal di bawah Adun Kerdau sehari selepas hari kejadian. Tu pun nasib baik aku call ayah aku, tanya poyo-poyo sikit. Biasa aku call, tanya khabar, tak teringat plak nak tanya lebih-lebih pasal pilihanraya. Tapi aku perasan sangatlah, kejap kejap muka orang kampung aku masuk TV. Sebab aku bukan jenis yang suka tengok TV(unless ada AXN). Pasal apa entah. Aku malas nak layan cerita melayu kot. Aku suka tengok action movie. Banyak kat AXN.

Ok. Proceed with my topic. Aku tengok banyak la juga advantage pilihanraya kecil ni. Tempat aku siap ada 3 WiFi. Daripada 3G pun tak ada. Doang terus pasang WiFi kat 3 area kat kampung Rumpun Makmur tu. Haha. Can you believe that. Mak aku cerita, kampung orang asli yang tak ada bekalan air direct, terus disambungkan air serta merta. Orang asli ugut macamana taw? "Kalau air tak masuk ke kampung kami, kami pangkah bulan." Haha. Maka dengan itu, serta merta peruntukan melebihi 1juta diperuntukkan untuk memasukkan air ke kampung orang asli di Desa Murni, Kerdau.

Ayah aku pula cerita, polis berlambak-lambak. Beribu-ribu. Siap ada khemah besar doang buat kat sana. Beberapa marquee doang buat. Marquee ni macam khemah la, tapi tertutup dan ada air-cond. Punya ramai polis meronda di seluruh kawasan berkenaan sampai tidur tak kunci pintu rumah pun tak apa. Haha. Itu perumpamaan yang ayah aku kasi la. Haha.

Hari kejadian jatuh pada hari Sabtu. Kebetulan time aku nak balik tu, tiket SOLD OUT. Tak jadi la aku nak balik kampung tengok kemeriahan pilihanraya kecil. Haha. Harga hotel, restoren, makanan melambung-lambung. Rumah ada yang disewa boleh cecah RM5000 untuk 1 rumah. Kalau rumah banglo, RM10000. Ada juga yang menyewa tapak, untuk didirikan khemah polis. Nak sewa tapak je RM5000 tanah sekangkang kera tu. Rugi betul aku tak balik. Actually, umur dah cukup nak mengundi. Tapi sebab aku daftar tak sampai 2minggu, nama aku tak masuk dalam senarai pengundi lagi.

Haha. Maka, aku senang dengan sedikit perubahan yang telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan untuk merealisasikan impian rakyat. Terima kasih.
post signature

0 Opinions:

Post a Comment

Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik - Al-Baqarah, Ayat 195

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...