14 July 2011

You're Fired

My pleasure... =.=" Mana ada siapa fire/fired siapa-siapa. Well, exactly genap 1 bulan, aku pun dah berjaya menamatkan part time job aku selepas Genting Highlands sebagai seorang traffic surveyor kat Klang Valley ni. Selepas aku kena 'sampuk' dengan ulat bulu dulu, aku hampir give up buat kerja ni. Duduk tengah panas, muka aku dah elok resdung, bila berjemur sepanjang hari, resdung makin suka duduk kat muka aku. Tapi betul, kerja ni senang tapi penat. Setakat nak tekan-tekan counter, buat sampling, memang kerja senang, tapi fizikal akan dicabar dengan terpaksa duduk di tempat yang berhabuk dan kadang-kadang panas terik.

Rakan seperjuangan banci lalulintas
Sekarang, cuti semester aku berbaki lebih kurang 2bulan. Aku puas hati so far dengan apa yang aku buat sepanjang cuti ni:- 
* 2 minggu di Genting Highlands (28May - 12June)
* 1 bulan banci lalulintas di Lembah Klang (14June - 14July)
* Program VCSP: 5 Pillars Attribute of UiTM Graduates di UiTM Shah Alam (16July-20July)
* MATTA Fair di PWTC (12August - 14August)
Cadangnya time bulan puasa memang nak duduk rumah je. Nanti kalau-kalau tak larat nak kerja kan. Tapi MATTA Fair memang terpaksa buat time bulan puasa. Tu je stok yang ada. Alhamdulillah so far, aku bersyukur seadanya. Nanti boleh pergi solat terawih, insyaAllah. 

Esok ada gathering bersama beberapa rakan SEMSAS. Hoyeh! 

0 Opinions:

Post a Comment

Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik - Al-Baqarah, Ayat 195

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...