26 October 2011

Life Is Short. People Change

Maaflah incik blog. Wawa memang busy sangat. Kesian incik blog. Anyway, nak update la kali ni. Hampir sebulan lebih aku tak update blog, walau kat rumah dah ada Streamyx (yihaa!), tapi aku tetap rasa malas nak update blog. Sebab banyak sangat kerja yang pending.

Selama sebulan ni, banyak benda yang berlaku. Aku malas nak update blog mungkin disebabkan aku tak nak orang tahu sangat tentang kisah hidup aku. Dan kadang-kadang, aku tak tahu apa yang tak kena dengan aku. Kadang-kadang, aku tertulis keseluruhan tentang hidup aku. Itu yang susah. Oversharing. Sebab tu aku ambil keputusan untuk tak update blog comel ni. 

Walaubagaimanapun, aku menghadapi hari yang sukar sepanjang bulan lepas dan bulan ni. Tapi Alhamdulillah, semuanya aku boleh handle dengan baik. Baik ke? Entahlah, tak ada lah baik pun. Just, I can handle it. The most important thing, aku perasan, aku banyak sangat berubah sejak Julai lepas. Bila dah masuk belajar, perubahan diri aku semakin obvious. Aku tak tahu apa yang tak kena. Dan aku juga masih mencari rentak perjalanan hidup aku yang dulu untuk diseimbangkan dengan hidup aku sekarang. Mungkin aku mempunyai terlalu banyak komitmen sejak akhir-akhir ini. Banyak benda yang aku kena fikir pada masa yang sama. Itu yang agak sukar buat aku. Sebab tu, aku kena mencari rentak perjalanan hidup aku yang dulu. 


Well... people changed. Ya, so do I. I changed. I have no reason for it. I don't know why. I just want to find my own happiness on my own way. Tu je. Walaupun kebahagiaan tu tak pasti akan berpanjangan, tapi sekurang-kurangnya aku sempat merasai bahagia itu. Terima kasih awak. Okay, jangan sedih. Calm down. Ada orang cakap, life is short. Ya, bagi aku hidup ini masih panjang. Jadi, bebaskan dirimu. "Life is short" boleh digunapakai untuk mengingatkan diri pada perintahNya, sebab kita pun tak tahu bila nyawa pinjaman ini akan diambil semula oleh pencipta kita. Sebaliknya, aku berpegang pada "hidup ini masih panjang" kerana terlalu banyak lagi benda yang aku kena lalui dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. 

Ya, aku berubah. Dan aku berubah... kerana masa yang membuat aku berubah... 
Biar masa yang tentukan segalanya... dan aku kembali tersenyum. 

0 Opinions:

Post a Comment

Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik - Al-Baqarah, Ayat 195

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...